Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada 14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi
satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang
ditugaskan di sekolah.
3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan
di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa
dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas
dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen
pada kandungan yang dipaparkan.
6. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran
seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.