Tuesday, September 25, 2012


Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012

Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi
satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang
 ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan 
di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa 
dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas 
dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen
 pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran 
seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.