Wednesday, November 28, 2012

Tatabahasa : Kata Nama Am dan Khas


Kata Nama

1.
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan
 sebagainya.

2.
Kata nama terbahagi kepada:

a.
kata nama am

b.
kata nama khas

c.
kata ganti nama


Kata Nama Am

Menyatakan manusia, binatang, benda,
 tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya.

·
ditulis dengan huruf kecil di pangkal
 kata itu
Contoh:
doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain .


Kata Nama Khas

Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat,     nama bandar, nama negeri, 
nama judul buku.

  ·
ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.

 ·
Contoh: Ruzila , Tompok , Petaling Jaya , Sabah , Bandar  Baru Uda , Rentung

Monday, November 19, 2012

Kata hubung

Muridku sayang...cantumkan ayat di bawah dengan kata hubung " dan ".
1. Ibu membeli ikan.
Ibu membeli sayur.
___________________________________________ 2. Halimah seorang murid yang baik.
Halimah seorang murid yang rajin.
___________________________________________ 3. Ali bermain bola di padang sekolah.
Abu bermain bila di padang sekolah.
___________________________________________ 4. Saya sayang ibu.
Saya sayang ayah.
__________________________________________ 5. Nor Amanina seorang murid yang rajin belajar.
Nor Shahira Hani seorang murid yang rajin belajar.
__________________________________________

Thursday, November 8, 2012

Aku Sebuah Basikal

Namaku Juara. Aku berwarna ungu. Aku diperbuat dartipada besi yang bermutu tinggi. Tubuhku kuat dan lasak. Aku tinggal bersama-sama keluarga Anas di Taman Melati. Anas ialah tuan aku. Anas menjagaku dengan baik. Dia menunggang aku dengan cermat dan berhati-hati. Aku membawa Anas ke kedai. Aku juga selalu membawa Anas ke taman untuk bersiar-siar dan bersenam. Badan Anas akan berpeluh setiap kali dia mengayuh aku. Aku berjanji menjalankan tugasku dengan baik. Aku mahu Anas sentiasa gembira. Aku akan membawa Anas ke mana-mana sahaja dia ingin pergi. Anas sangat sayang akan aku. Aku juga sayang akan Anas. Aku sentiasa di sisi Anas apabila diperlukan.

Wednesday, November 7, 2012

KATA ADJEKTIF

Anas menunggang basikal dengan berhati-hati. Dia nampak lampu isyarat di simpang empat. Warnanya merah kuning dan hijau.
Lampu kuning menyala. Anas bersedia untuk berhenti. Apabila lampu merah menyala,Anas berhenti. Anas mengayuh basikal apabila lampu hijau menyala.

Tuesday, November 6, 2012

Petani yang Berjaya

Pak Abu merupakan seorang petani yang tinggal di pinggir kampung bersama dengan isteri dan seorang anaknya.Beliau juga merupakan seorang yang berkaliber walaupun beliau seorang yang miskin. Mereka sekeluarga hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Namun begitu, keadaan tersebut tidak melunturkan semangat Pak Abu untuk Berjaya dalam bidang pertanian bagi mengubah nasibnya sekeluarga. PakAbu sering dihujani dengan pelbagai tohmahan oleh masyarakat sekeliling. Keadaan tersebut sedikit pun tidak melemahkan semangat beliau bahkan menjadikanbeliau lebih gigih berusaha untukberjaya. Pada suatu hari, seorang rakan karib Pak Abu yang sudah berjaya dalam kehidupannya berjumpa dengan Pak Abu bagi membantu Pak Abu menjadi seorang petani yang berjaya dan bermatlamat dalam kehidupan. Rakannya berpesan kepada Pak Abu sekiranya ingin menjadi seorang petani yang berjaya, sikap berdaya saing haruslah disemai dalam dirinya. Ini akan menjadikan Pak Abu seorang yang berwawasan dan memiliki semangat untuk terus maju. Pak Abu membuat pijaman daripada pihak kerajaan bagi memudahkannya menjayakan impiannya. Dengan berkat kesabaran,Pak Abu telah Berjaya menjadi seorang petani yang Berjaya.Beliau menjalankan pertanian ladang seperti penanaman cili,kacang panjang, terung dan sebagainya. Pak abu mendapatkan permohonan bagi subsidi baja dengan pihak kerajaan bagi meringankan bebannya.PakAbu menjalankan penanaman secara berganti-ganti bagi menjimatkan masa. Di samping itu,Beliau juga menjalankan aktiviti ternakan binatang. Beliau menternak lembu susu bagi memperoleh susu yang segar.Beliau mendapatkan baka Lembu Susunya daripada luar Negara iaitu New Zealand di mana baka tersebut merupakan baka yang berkualiti. Pak Abu menggunakan idea kreatifnya dengan mengacukkan lembu tersebut dengan lembu tempatan. Maka susu lembu yang dihasilkan menjadi lebih berkualiti dan jauh lebihelok berbanding yang asal. Kini, Pak Abu menjadi seorang petani yang Berjaya dan memiliki beberapa buah ladang dan kebun di beberapa buah tempat. Namun demikian, beliau tidak lupa akan asal usulnya yang dahulunya merupakan seorang petani yang miskin dan susah. Beliau juga gemar membantu penduduk kampungnya yang susah dan miskin

Monday, November 5, 2012

MARI BERCERITA

Kulit saya berwarna jingga. Kepala saya ada mahkota. Rasa saya manis dan masam. Siapa saya ?
Kawan-kawan,siapa saya? Saya ada banyak rambut. Warnna saya merah. Rasa saya manis.
Isi saya keras. Badan saya berwarna hijau. Rasa saya sedap. Cuba teka siapa saya?
Kenal saya? Badan saya ada banyak duri. Rasa isi saya enak. Saya digelar raja buah.