Monday, November 19, 2012
Kata hubung
Muridku sayang...cantumkan ayat di bawah dengan kata hubung " dan ".
1. Ibu membeli ikan. Ibu membeli sayur.
___________________________________________
2. Halimah seorang murid yang baik. Halimah seorang murid yang rajin.
___________________________________________
3. Ali bermain bola di padang sekolah. Abu bermain bila di padang sekolah.
___________________________________________
4. Saya sayang ibu. Saya sayang ayah.
__________________________________________
5. Nor Amanina seorang murid yang rajin belajar. Nor Shahira Hani seorang murid yang rajin belajar.
__________________________________________
Sunday, November 11, 2012
Saturday, November 10, 2012
Thursday, November 8, 2012
Aku Sebuah Basikal
Namaku Juara. Aku berwarna ungu. Aku diperbuat dartipada besi yang bermutu tinggi. Tubuhku kuat dan lasak.
Aku tinggal bersama-sama keluarga Anas di Taman Melati. Anas ialah tuan aku. Anas menjagaku dengan baik. Dia menunggang aku dengan cermat dan berhati-hati.
Aku membawa Anas ke kedai. Aku juga selalu membawa Anas ke taman untuk bersiar-siar dan bersenam. Badan Anas akan berpeluh setiap kali dia mengayuh aku.
Aku berjanji menjalankan tugasku dengan baik. Aku mahu Anas sentiasa gembira. Aku akan membawa Anas ke mana-mana sahaja dia ingin pergi.
Anas sangat sayang akan aku. Aku juga sayang akan Anas. Aku sentiasa di sisi Anas apabila diperlukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

