Thursday, November 8, 2012
Aku Sebuah Basikal
  Namaku Juara. Aku berwarna ungu. Aku diperbuat  dartipada besi yang bermutu tinggi. Tubuhku kuat dan lasak.
  Aku tinggal bersama-sama keluarga Anas di Taman Melati. Anas ialah tuan aku. Anas menjagaku dengan baik. Dia menunggang aku dengan cermat dan berhati-hati. 
  Aku membawa Anas ke kedai. Aku juga selalu membawa Anas ke taman untuk  bersiar-siar  dan bersenam. Badan Anas akan berpeluh setiap kali dia mengayuh aku.
Aku berjanji menjalankan tugasku dengan baik. Aku mahu Anas sentiasa gembira. Aku akan membawa Anas ke mana-mana sahaja dia ingin pergi.
  Anas sangat sayang akan aku. Aku juga sayang akan Anas. Aku sentiasa di sisi Anas apabila diperlukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

blog ini penuh dgn input
ReplyDelete