Tuesday, November 6, 2012

Petani yang Berjaya

Pak Abu merupakan seorang petani yang tinggal di pinggir kampung bersama dengan isteri dan seorang anaknya.Beliau juga merupakan seorang yang berkaliber walaupun beliau seorang yang miskin. Mereka sekeluarga hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Namun begitu, keadaan tersebut tidak melunturkan semangat Pak Abu untuk Berjaya dalam bidang pertanian bagi mengubah nasibnya sekeluarga. PakAbu sering dihujani dengan pelbagai tohmahan oleh masyarakat sekeliling. Keadaan tersebut sedikit pun tidak melemahkan semangat beliau bahkan menjadikanbeliau lebih gigih berusaha untukberjaya. Pada suatu hari, seorang rakan karib Pak Abu yang sudah berjaya dalam kehidupannya berjumpa dengan Pak Abu bagi membantu Pak Abu menjadi seorang petani yang berjaya dan bermatlamat dalam kehidupan. Rakannya berpesan kepada Pak Abu sekiranya ingin menjadi seorang petani yang berjaya, sikap berdaya saing haruslah disemai dalam dirinya. Ini akan menjadikan Pak Abu seorang yang berwawasan dan memiliki semangat untuk terus maju. Pak Abu membuat pijaman daripada pihak kerajaan bagi memudahkannya menjayakan impiannya. Dengan berkat kesabaran,Pak Abu telah Berjaya menjadi seorang petani yang Berjaya.Beliau menjalankan pertanian ladang seperti penanaman cili,kacang panjang, terung dan sebagainya. Pak abu mendapatkan permohonan bagi subsidi baja dengan pihak kerajaan bagi meringankan bebannya.PakAbu menjalankan penanaman secara berganti-ganti bagi menjimatkan masa. Di samping itu,Beliau juga menjalankan aktiviti ternakan binatang. Beliau menternak lembu susu bagi memperoleh susu yang segar.Beliau mendapatkan baka Lembu Susunya daripada luar Negara iaitu New Zealand di mana baka tersebut merupakan baka yang berkualiti. Pak Abu menggunakan idea kreatifnya dengan mengacukkan lembu tersebut dengan lembu tempatan. Maka susu lembu yang dihasilkan menjadi lebih berkualiti dan jauh lebihelok berbanding yang asal. Kini, Pak Abu menjadi seorang petani yang Berjaya dan memiliki beberapa buah ladang dan kebun di beberapa buah tempat. Namun demikian, beliau tidak lupa akan asal usulnya yang dahulunya merupakan seorang petani yang miskin dan susah. Beliau juga gemar membantu penduduk kampungnya yang susah dan miskin

1 comment: